Al-Murabahah: Implikasi terhadap Kestabilan Keuangan dan Model Keuangan Islam

Antara kontrak urus niaga yang penting dalam Islam adalah kontrak cuqüd al-mucawadat atau kontrak pertukaran, yaitu sejajar dengan hakikat bahawa Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Bagi perbankan Islam, kontrak-kontrakpertukaran yang lazim digunakan untuk tujuan pembiayaan ialah kontrak pertukaran secara tangguh (deferred contracts of exchange). Dalam perbankan Islam kontrak ini dizahirkan dalam bentuk pelbagai kontrak al-murabahah atau harga tokok (mark-up price). Análisis berdasarkan teori uang endogen, iaitu teori yang berasaskan pandangan bahawa bekalan uang tidak ditetapkan oleh bank pusat sebaliknya ditentukan oleh sistem perbankan dan orang ramai, mendapati bahawa kontrak almurabahah mencipta uang dan lebih penting lagi, uang dalam kuantiti yang amat berkait rapat dengan keperluan pembiayaan aktiviti benar ekonomi. Justeru, al-murabahah menghasilkan penawaran uang yang lebih menjamin kestabilan Keuangan (monetary stability) berbanding uang yang tercipta hasil kontrak hutang berasaskan kadar bunga. Hakikatnya dana kontrak al-murabahah merupakan komponen terbesar pembiayaan perbankan Islam. Penemuan-penemuan ini sekaligus menolak pandangan kebanyakan ahli ekonomi Islam bahawa sistem Keuangan Islam harus dimodelkan semata-mata berasaskan prinsip perkongsian untung dan rugi. Sebaliknya model yang mengambil kira prinsip dan kaedah al-murabahah adalah lebih sesuai dalam memberi gambaran tentang sistem Keuangan Islam.

PENGENALAN

Sejak muía diperkenalkan sekitar empat dekad yang lalu, tiga dekad bagi Malaysia, perbankan Islam telah berkembang dengan pesât bukan sahaja dari segi saiz tetapi juga dari segi liputan operasi di seluruh dunia. Di negara-negara Sudan, Iran dan Pakistan, seluruh sistem perbankan negara tersebut adalah berasaskan prinsip perbankan Islam, manakala di negara-negara lain yang majoriti penduduknya beragama Islam seperti Bangladesh, Egypt, Indonesia dan Malaysia, perbankan Islam wujud seiring dengan perbankan konvensional. Perbankan Islam wujud sebagai niche player di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (Cihak & Hesse 2008) dan dalam bentuk bank koperasi di Australia (Halabi et al. 2004). Emst & Young's World Islamic Banking Competitiveness Report 2013 menganggarkan bahawa äset perbankan Islam dengan bank perdagangan di seluruh dunia dijangka mencapai USDl.8 trilion pada tahun 2013 (The World Islamic Banking Conference (atas talian) http://worldislamicbanking.megaevents.net/ report_pr.php).

Perbankan Islam kini menawarkan produk dan perkhidmatan Keuangan yang patuh syariah atau tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam. Sebahagian produk yang merupakan komponen terbesar adalah berasaskan kontrak pertukaran (cuqud al-mucawadat) seperti al-bay' bithaman ajil (BBA) atau jualan dengan bayaran tertangguh, al-ijarah thumma al-bay (HAB) atau sewa beli, al-murabahah dan al-qard alhasan. Produk-produk BBA, ITAB dan al-murabahah adalah produk pembiayaan hutang berasaskan harga-tokok (al-murabahah) dan mengguna pakai mekanisma tambahan kos dalam menentukan kadar pulangannya. Dalam kertas ini, produk-produk pembiayaan hutang tersebut secara kolektif akan dimjuk sebagai produk al-murabahah. Perbankan Islam juga menawarkan produk pembiayaan berasaskan kontrak perkongsian untung dan rugi ('uqud al-ishtirak atau profit and lost sharing (PLS)). Produk pembiayaan berasaskan kontrak PLS ini ialah al-mudarabah (perkongsian untung) dan sharikah atau al-musharakah (perkongsian). Kesemua produk pembiayaan ini adalah bebas riba dan memberi penekanan terhadap keperluan ums niaga perbankan yang disokong oleh aktiviti perdagangan dan pemiagaan tulen (Bank Negara Malaysia (atas talian) http://www.bnm.gov.my/ microsites/financial/0204_ib_takaful.htm (20 July 2010)).

Ciri utama yang membezakan perbankan Islam dengan perbankan konvensional ialah pengharaman riba. Perbankan Islam bukan sahaja tidak boleh mengenakan riba tetapi juga tidak boleh menerima riba. Kadar bunga adalah riba. Pengharaman riba ini, mengikut sesetengah pendapat, telah menghadkan produk pembiayaan yang boleh ditawarkan oleh perbankan Islam (Honohan 2001). Sesetengah ahli ekonomi Islam pula menghadkan, atau hanya memberi keutamaan kepada produk pembiayaan yang berasaskan PLS, iaitu al-mudarabah dan al-musharakah (Siddiqi 1985; Khan 1986; Choudhury 2000: Hassan & Choudhury 2002). Malah sebahagian penulis lain (Chapra 1986; Zakaria 1987; Siddiqui 1998; Metwally 1994, 1997) berpendapat bahawa produk pembiayaan selain yang berasaskan PLS, khususnya produk pembiayaan yang berasaskan kontrak pertukaran tertangguh, atau produk al-murabahah dianggap kurang bercirikan Islam dan patut diminimumkan penggunaannya. Sementara itu, terdapat juga ahli ekonomi yang berpandangan bahawa kadar pulangan kepada pembiayaan Islam sepatutnya tidak pasti tetapi boleh berubah-ubah mengikut untung sebenar daripada penggunaan dana pembiayaan tersebut (Khan 1986). Maka, jika berpandukan prinsip ini, pembiayaan berasaskan kadar bunga perbankan konvensional tidak dibolehkan, dan begitu juga pembiayaan al-murabahah, perbankan Islam yang berasaskan harga-tokok.

Bagaimanapun, amalan perbankan Islam di banyak negara adalah berbeza dengan apa yang digambarkan dalam model sistem Keuangan yang dikemukakan oleh ahli ekonomi tersebut. Walaupun, perbankan Islam rata-rata mengamalkan kaedah PLS khususnya al-mudarabah dalam menentukan pulangan bagi deposit bank, tetapi bagi operasi pembiayaan (komponen äset dalam kunci kira-kira perbankan) perbankan Islam lebih bergantung kepada pembiayaan berasaskan kaedah al-murabahah (Metwally 1997). Secara kuantitatif, kaedah pembiayaan bukan PLS adalah lebih penting dalam kunci kira-kira perbankan Islam (Honohan 2001). Berdasarkan data Malaysia, pembiayaan yang menggunakan kaedah PLS adalah kurang daripada 0.5% (Chong & Liu 2009). Bahkan, di negara-negara seperti Bangladesh, Iran, Pakistan dan Sudan, peratusan dana pembiayaan PLS juga amat kecil sekali (Mills & Presley 1999). Ini bermakna, pada amalannya, perbankan Islam jauh menyimpang daripada paradigma PLS (Chong & Liu 2009).

Tidak dinafikan bahawa prinsip dan kaedah pembiayaan PLS adalah penting dan unik kepada perbankan Islam. Namunpersoalannya adakah PLS itu adalah satu-satunya prinsip dan kaedah pembiayaan yang boleh diamalkan oleh perbankan Islam? Adakah prinsip dan kaedah al-murabahah bercanggah dengan hukum syariah? Adakah kaedah pembiayaan almurabahah tidak mempunyai sebarang kebaikan sehingga perlu diabaikan atau diminimumkan penggunaannya? Artikel ini mengemukakan hujah bahawa pembiayaan al-murabahah adalah mubah atau jaiz dan oleh itu boleh diguna pakai oleh perbankan Islam. Maka, penekanan kepada pembiayaan PLS semata-mata adalah kurang tepat dan tidak berlaku adil terhadap perbankan dan sistem Keuangan Islam yang juga membenarkan pembiayaan berasaskan almurabahah. Model Keuangan dan ekonomi Islam yang berasaskan PLS juga kurang tepat dan tidak mewakili realiti sebenar yang wujud dalam sistem Keuangan Islam. Kertas ini juga mengemukakan hujah bahawa pembiayaan al-murabahah juga sebenamyamempunyai kelebihan dari segi mekanisme pembiayaan ini lebih menjamin kestabilan Keuangan berbanding pembiayaan berasaskan kadar bunga. Sehubungan itu, usaha untuk membentuk model sistem Keuangan dan ekonomi Islam sepatutnya juga mengambil kira prinsip al-murabahah.

PRINSIP PLS DAN MODEL Keuangan ISLAM

Islam mengharamkan riba, baik yang nyata atau tersembunyi, dan kadar bunga adalah riba. Bertolak daripada hakikat ini, ahli ekonomi Islam menolak model perbankan konvensional dan sebarang prinsip atau amalan perbankan yang mendekati atau kelihatan menyamai amalan perbankan berasaskan kadar bunga. Model perbankan Islam yang menjadi pilihan ialah model perbankan berasaskan perkongsian untung dan rugi. Operasi perbankan, baik dalam mengambil deposit mahu pun dalam menyediakan dana pembiayaan boleh berasaskan prinsip dan kaedah al-mudarabah dan al-musharakah, iaitu dua bentuk kontrak urus niaga yang bebas riba dan diakui sah oleh syariah. Malah terdapat pandangan yang lebih tegas daripada itu, bahawa perbankan Islam semestinya mengguna pakai hanya dua kaedah urus niaga tersebut dalam melaksanakan operasi. Siddiqi, misalnya menulis (terjemahan) "Memandangkan Islam mengharamkan riba, penulispenulis moden tentang ekonomi Islam sependapat bahawa penyusunan semula perbankan semestinya dilaksanakan berasaskan syirkah dan mudar ab ah" (Siddiqi 1985: 9).

Operasi perbankan Islam mestilah berasaskan prinsip keija sama dan perkongsian usaha dan manfaat. Choudhury (2000) dan Hassan & Choudhury (2002) berhujah bahawa kaedah pembiayaan perbankan Islam mestilah berbentuk usaha sama koperatif (<cooperative joint venture). Dalam aspek penentuan kadar pulangan, perbankan Islam sepatutnya meminimumkan urus niaga yang mempunyai pulangan yang tidak pasti. Malah terdapat pandangan bahawa urus niaga yang memberikan pulangan tetap dan pasti adalah ditegah sama sekali. Khan, misalnya menulis (terjemahan) "Pada dasamya, apa yang ditegah dalam Islam ialah pulangan terhadap urus niaga Keuangan yang tetap atau ditentu awal, dan bukannya kadar pulangan yang tak pasti... pulangan terhadap penggunaan uang sepatutnya turan naik mengikut keuntungan sebenar daripada penggunaan uang tersebut" (Khan 1986: 6).

Dalam kalangan ahli ekonomi Islam, terdapat juga pandangan bahawa perbankan Islam memang dibolehkan melaksanakan urus niaga perbankan menggunakan prinsip dan kaedah selain PLS. Bagaimanapun, urus niaga ini tidaklah digalakkan. Kaedah pembiayaan lain, khususnyayang berasaskan al-murabahah malah, patut diminimumkan penggunaannya. Ini kerana kaedah pembiayaan dianggap boleh mengurangkan darjah kelslaman perbankan Islam (Zakaria 1987), mengurangkan keupayaan sistem ekonomi Islam mencapai keadilan sosial, kecekapan dan kestabilan (Siddiqi 1986; Chapra 1986) dan boleh secara terselindung membuka pintu riba (Chapra 1986; Metwally 1994). Metwally misalnya menulis (terjemahan) "Ramai yang mengkritik kaedah pembiayaan ini (pembiayaan berasaskan al-murabahah) atas alasan tidak patuh sepenuhnya kepada ajaran Islam dan memperkenalkan kadar bunga melalui pintu belakang" (Metwally 1997: 93).

Pandangan dan model perbankan Islam berasaskan PLS ini, serta pandangan yang agak négatif terhadap pembiayaan selain PLS, khususnya yang berasaskan al-murabahah, telah mempengarahi pemikiran dan pilihan pendekatan dalam mengkaji, memodel dan menganalisis sistem Keuangan dan ekonomi Islam. Model ekonomi Islam lazimnya dipersembahkan sebagai model PLS (misalnya, Khan 1986) manakala kajian tentang Keuangan Islam (Metwally 1997; Cihak & Hesse 2008; Chong & Liu 2009) menggunakan model PLS sebagai titik rajukan. Kajian-kajian seperti Khan dan Mirakhor (1989), Chapra (1986), Iqbal (1997), Mills dan Presley (1999) memfokus kepada memberi justifikasi dan menonjolkan kebaikan kaedah PLS. Kajian tentang kaedah pembiayaan almurabahah atau kaedah-kaedah lain selain PLS tidak banyak dilakukan. Kajian tentang aspek ini lazimnya terhad kepada menentukan keabsahan dari segi syariah pelbagai bentuk kontrak al-murabahah seperti al-bayf bithaman ajil, al-bayf inah dan sebagainya. Selain itu, pandangan ini juga telah diperturunkan dalam buku teks ekonomi Islam. Misalnya, Sarimah menulis "Dengan larangan terhadap kadar faedah maka prinsip penyertaan bersama dan untung bersama telah diperkenalkan. Mekanisme kadar faedah diganti dengan joint venture yang mana untung atau rugi akan dinikmati dan ditanggung bersama" (Sarimah 2005: 137).

PRINSIP DAN AMALAN PEMBIAYAAN PERBANKAN ISLAM

Perbankan Islam adalah perbankan yang berlandaskan syariah. Prinsip dan kaedah perbankan Islam semestinya mematuhi hukum, peraturan dan piawaian yang diterbitkan daripada sumber Islam yang sah iaitu al-Quran, al-Hadis, al-ijma' dan al-ijtihad (Abdul Halim 2005a). Perbankan Islam adalah perbankan yang beroperasi menawarkan produk dan perkhidmatan Keuangan yang mematuhi hukum syariah, khususnya yang berkaitan dengan muamalat. Oleh itu, satu ciri utama perbankan Islam ialah bebas riba dan bebas kadar bunga. Sebaliknya perbankan Islam beroperasi berasaskan beberapa prinsip utama seperti berikut. Pertama, bahawa risiko, untung dan rugi harus ditanggung dan dikongsi bersama antara bank dengan pelanggan; dan kedua, semua urus niaga perbankan semestinya berdasarkan atau disokong oleh aktiviti pemiagaan atau aset yang sebenar (Bank Negara Malaysia (atas talian) http://www.bnm.gov.my/microsites/ fmancial/0204_ib_takaful.htm (20 July 2010)). Selain itu, aktiviti perbankan Islam juga semestinya menghindari daripada terlibat dengan aktiviti yang bersifat gharar, perjudian, eksploitasi terhadap kejahilan, atau yang menyokong aktiviti atau perkara yang diharamkan oleh Islam.

Berkait dengan urus niaga perbankan, fiqh muamalat telah menyenaraikan pelbagai bentuk kontrak yang bersumberkan syariah dan diakui oleh fuqaha sebagai sah dan dibenarkan oleh Islam. Kontrak ini lazimnya boleh dikelompokkan kepada dua yang utama - kontrak perkongsian untung dan rugi (cuqüd al-ishtirak) dan kontrak pertukaran ('-uqüd al-mu 'awadat). Perbezaan mungkin timbul dalam menteijemahkan pelbagai kontrak ini kepada amalan perbankan sehingga wujud perbezaan dalam aspek kaedah urus niaga dan produk perbankan antara satu negara dengan satu negara lain. Perbezaan ini bagaimana pun tidaklah besar dan terhad kepada beberapa bentuk kontrak atau produk misalnya albayinah.

Pembiayaan berasaskan kontrak perkongsian untung dan rugi (PLS) melibatkan bank menyediakan daña bagi membiayai projek atau aktiviti ekonomi yang dengan demikian bank menjadi rakan kongsi atau berkongsi untung. Pembahagian untung lazimnya ditentukan berdasarkan bahagian modal bank yang dipersetujui awal dalam kontrak tersebut. Atas prinsip ini pembiayaan PLS boleh dianggap sebagai pembiayaan ekuiti. Dua bentuk pembiayaan PLS yang utama ialah al-musharakah dan al-mudarabah. Kedua-dua kontrak ini adalah sah mengikut syariah. Kesahihan al-musharakah adalah bersumberkan al-Quran (Surah al-Nisa, ayat 12) dan al-Sunnah manakala al-mudarabah adalah sah berdasarkan al-Hadis, misalnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah (lihat misalnya, Abdul Halim 2005b). Ciri khusus pembiayaan PLS ialah pulangannya yang tidak ditentukan awal. Kontrak hanya menyatakan nisbah pembahagian untung antara penyedia daña (bank) dengan pelanggan. Kadar pulangan yang diterima oleh kedua-dua pihak boleh berubah-ubah bergantung pada untung sebenar yang diperoleh daripada aktiviti yang dibiayai tersebut. Ciri khusus ini adalah unik kepada perbankan Islam dan telah ditonjolkan sebagai ciri utama yang membezakan pembiayaan perbankan Islam berbanding pembiayaan perbankan konvensional.

Kontrak pertukaran adalah kontrak urus niaga yang terpenting dalam Islam. Kontrak ini boleh berbentuk tunai dan boleh berbentuk tertangguh. Dalam konteks operasi perbankan, kontrak pertukaran tertangguh adalah yang lebih penting dan berkaitan dengan pembiayaan perbankan. Beberapa bentuk kontrak pertukaran tertangguh yang utama dan kerap digunakan oleh perbankan Islam termasuklah al-bayf bithaman ajil, ijarah thumma al-bayc, dan al-murabahah. Di beberapa negara seperti Malaysia dan Indonesia, kontrak bay al-inah dan tawaruk juga turnt diguna pakai. Kecuali bay al-inah, kesemua kontrak pembiayaan ini adalah mubah atau jaiz, iaitu sah mengikut fuqaha dan ulama daripada semua mazhab. Abdul Halim (2005b) yang memetik tafsiran al-ahkam oleh al Arabi, al Qurtubi dan al Jassas merumuskan bahawa kontrak-kontrak tersebut adalah sah dan boleh diguna pakai dalam urusan pembiayaan perbankan, kecuali yang mengandungi unsur-unsur gharar, batil atau yang melibatkan pertukaran sesama barang al-ribawi (emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam). Pandangan ini dipersetujui oleh penulis ekonomi Islam (Joni Tomkin 2005). Namun, terdapat juga penulis yang mempunyai pandangan bahawa walau pun sah, pembiayaan berasaskan kontrak ini patut diminimumkan kerana penggunaannya boleh membuka pintu riba (Chapra 1986; Metwally 1994, 1997).

Bagi kontrak pembiayaan bayc al-inah, tidak wujud persetujuan tentang kesahannya di kalangan fuqaha. Mengikut Azizi (2005) kontrak ini dianggap sah tetapi tidak digalakkan oleh alShafie dan beberapa ulama mazhab Hanafi dan Zahiri, manakala Abu Hanifah, ulama mazhab Maliki, Hanbali dan Syiah menganggapnya batil berdasarkan motif urus niaga tersebut yang tidak betul. Pandangan kedua ini menganggap bay al-inah hanyalah helah untuk berhutang uang .

Maka, berdasarkan ketetapan syariah kedua-dua kategori pembiayaan PLS dan pembiayaan kontrak pertukaran tertangguh adalah sah dan boleh digunakan oleh perbankan Islam. Bagi kebanyakan ahli ekonomi Islam, pembiayaan PLS lebih diutamakan. Namun pada amalannya pembiayaan PLS hanyalah sebahagian kecil daripada portfolio pembiayaan perbankan Islam di hampir semua negara (Honahan 2001 ; Chong & Liu 2009; Metwally 1995; Mills & Presley 1999). Jadual 1 meringkaskan pembiayaan mengikut kategori bagi perbankan di Malaysia.

Berdasarkan Jadual 1, adalah jelas bahawa pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran tertangguh adalah yang terpenting. Pembiayaan BBA, ITAB dan al-murabahah adalah komponen terbesar pembiayaan perbankan Islam di Malaysia. Peratusan bagi komponen pembiayaan ini pada Jun 2009 ialah 80.2% dan pada Mei 2010 ialah 76.7%. Peratusan sebenar pembiayaan PLS {al-musharakah dan al-mudarabah) tidak dapat ditentukan dengan pasti kerana sebahagian pembiayaan ini mungkin dikelaskan di bawah kategori lain-lain. Namun adalah jelas bahawa komponen pembiayaan ini amat kecil dan bukan merupakan penyumbang utama pembiayaan perbankan di Malaysia.

Sesungguhnya, ketetapan syariah secara prinsipnya membolehkan kedua-dua pembiayaan PLS dan pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran tertangguh dalam urus niaga perbankan Islam. Pada amalannya, pembiayaan berasaskan kontrak tertangguh adalah lebih penting dan lebih banyak digunakan oleh perbankan Islam di semua negara dunia.

Sumbangan pembiayaan PLS adalah kecil dan secara kuantitatif boleh dianggap kurang signifikan. Hakikat ini jelas meragui kerelevanan pandangan sesetengah ahli ekonomi Islam bahawa pembiayaan perbankan Islam semestinya berbentuk pembiayaan PLS dan pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran tertangguh perlu diminimumkan. Sebenarnya, pandangan-pandangan ini tidak berlaku adil terhadap prinsip pembiayaan Islam yang membenarkan bukan sahaja pembiayaan PLS tetapi juga pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran tertangguh. Jika kontrak pertukaran tertangguh, kecuali bay al-inah, itu sah, sama seperti kontrak PLS, mengapa pula pembiayaan ini perlu diminimumkan penggunaannya.

Seksyen berikut akan menghuraikan implikasi pembiayaan al-murabahah terhadap penciptaan hutang perbankan Islam. Ini diikuti oleh perbincangan implikasi terhadap penciptaan uang .

PEMBIAYAAN HUTANG DAN AL-MURABAHAH

Produk pembiayaan BBA, ITAB dan al-murabahah adalah pembiayaan berasaskan harga-tokok atau tambahan atas kos dalam menentukan pulangannya. Produk-produk ini boleh dikelaskan sebagai produk almurabahah. Semua produk tersebut adalah berasaskan kontrak pertukaran tertangguh. Maka semestinya perlaksanaan kontrak tersebut mewujudkan obligasi untuk melunaskannya pada suatu masa akan datang. Oleh itu dalam pengertian ekonomi, kontrak ini boleh ditafsirkan sebagai kontrak hutang. Maka, pembiayaan BBA, ITAB dan al-murabahah adalah pembiayaan hutang {debtfinancing). Bagaimanapun, pembiayaan hutang perbankan Islam ini berbeza dengan pembiayaan hutang perbankan konvensional yang berasaskan kadar bunga. Perbezaan tersebut meliputi dua aspek utama. Pembiayaan hutang perbankan konvensional adalah berasaskan pinjaman uang yang akan dibayar balik dengan uang pokok ditambah peratusan tertentu, tetap atau boleh berubah, yang tentu awal. Kaedah pembiayaan ini semestinya melibatkan riba, iaitu berdasarkan al-Quran (Surah al-Baqarah, ayat 279) dan maksud al-Hadis bahawa uang (atau emas) adalah barang ribawi. Pembiayaan hutang perbankan Islam adalah berasaskan kontrak pertukaran atau jual beli. Kontrak hutang wujud apabila terdapat barang, äset atau perkhidmatan diurusniagakan. Hutang adalah terhadap nilai nominal barang dan bukannya uang . Oleh sebab kontrak ini adalah kontrak jual beli, bank sebagai penjual berhak untuk mendapat tambahan atas kos iaitu dalam bentuk untung atau sewa. Oleh itu, tambahan tersebut adalah sah sekiranya kedua-dua pihak saling reda.

Pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran tertangguh (BBA, ITAB dan al-murabahah) dilaksanakan menggunakan prinsip al-murabahah (tambahan atas kos). Pulangan kepada bank yang membeli barang atau aset dan menjualnya kepada pelanggan ialah untung iaitu tambahan atas kos pembelian. Nisbah untung ditentukan pada awal kontrak dan tidak boleh berubahubah. Sebarang tambahan kepada nisbah tersebut disebabkan misalnya kegagalan melunaskan kontrak, dianggap riba dan tidak dibenarkan oleh Islam. Justeru, jika dilihat dari perspektif penentuan pulangan, pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran tertangguh seperti BBA, ITAB dan al-murabahah adalah pembiayaan al-murabahah. Mungkin atas sebab ini, di negara-negara Timur Tengah, pembiayaan seperti BBA lebih dikenali sebagai pembiayaan al-murabahah (Norazlina 2005). Seterusnya kertas ini akan mengguna pakai istilah al-murabahah untuk merujuk kepada semua bentuk pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran tertangguh yang menggunakan mekanisme tokokan kos.

Maka, pulangan bagi pembiayaan al-murabahah adalah pasti dan ditentu awal. Justeru, adalah kurang tepat untuk menyatakan bahawa Islam hanya membenarkan penggunaan dana pembiayaan yang memberikan pulangan yang tidak pasti dan berubah-ubah bergantung kepada untung sesuatu aktiviti yang dibiayai. Bagi kes al-murabahah, kadar pulangan kepada penggunaan dana adalah pasti walau pun kadar ini juga merupakan nisbah untung. Begitu juga, walaupun kadar pulangan pembiayaan al-murabahah adalah pasti dan tentu awal, ianya tidak sama dengan kadar bunga. Ini kerana kadar bunga adalah tambahan atas dana Keuangan yang dipinjamkan yang tidak semestinya digunakan untuk pembelian barang atau äset tetapi mungkin sematamata untuk memenuhi keperluan kecairan.

AL-MURABAHAH DAN PENCIPTAAN uang

Dalam sebuah ekonomi moden, uang yang heredar rata-rata terdiri daripada uang kredit. uang fiat adalah sebahagian yang amat kecil daripada bekalan uang dalam sesebuah negara. uang kredit adalah uang yang tercipta apabila sistem perbankan mencipta kredit. Apabila pinjaman atau pembiayaan berasaskan hutang dilaksanakan oleh sistem perbankan, amaunnya akan dicatat sebagai kredit dalam akaun deposit peminjam atau penerima pembiayaan. Deposit adalah uang . Oleh itu sebarang penambahan hutang atau pembiayaan berasaskan hutang semestinya akan menambah bekalan uang .

Perbezaan prinsip dan kaedah pembiayaan hutang al-murabahah dengan pembiayaan hutang konvensional berasaskan kadar bunga memberi implikasi penting terhadap penciptaan uang , khususnya uang kredit. Ini kerana ciri-ciri kredit yang tercipta oleh kedua-dua sistem pembiayaan ini adalah berbeza. Dengan mekanisme kadar bunga, kredit tercipta apabila bank menyediakan dana bagi memenuhi permintaan terhadap pinjaman tanpa bergantung pada sama ada dana pinjaman itu akan digunakan untuk membeli barang atau äset, melaksanakan aktiviti benar, atau semata-mata untuk memperoleh uang tunai atau kecairan. uang tercipta apabila pinjaman tersebut dikreditkan ke akaun peminjam atau ke akaun pihak ketiga yang menerima dana pinjaman. Pembiayaan al-murabahah juga mencipta kredit, iaitu apabila dana pembiayaan itu dikreditkan ke akaun pihak ketiga yang menjual barang atau äset kepada bank. Perlu diingatkan yang pembiayaan al-murabahah perlu disertai dengan pertukaran barang atau äset. Jadi, sebarang tambahan kredit adalah sepadan dengan tambahan nilai barang atau äset yang diurus niaga. Oleh itu, penciptaan uang ekoran pembiayaan al-murabahah adalah sama atau sejajar dengan nilai urus niaga yang sebenar. Keadaan ini tidak semestinya berlaku di bawah sistem perbankan berasaskan kadar bunga. uang kredit yang tercipta boleh melebihi nilai urus niaga benar, iaitu apabila dana pinjaman yang diperoleh tidak digunakan untuk membeli barang atau äset, atau untuk melaksanakan aktiviti benar ekonomi, tetapi untuk memperoleh tunai bagi tujuan lindung nilai atau spekulasi.

Bahawa penciptaan uang ekoran pembiayaan al-murabahah sepadan dengan nilai urus niaga atau aktiviti benar ekonomi memberi implikasi bahawa perbankan Islam lebih berupaya membawa kestabilan Keuangan berbanding perbankan konvensional. Perbankan Islam dan mekanisme pembiayaan al-murabahah berupaya menangani satu sumber utama ketakstabilan Keuangan iaitu yang berpunca daripada kegagalan penawaran uang pada sesuatu masa memberi tindak balas yang sejajar dengan perubahan aktiviti benar ekonomi. Di bawah sistem kadar bunga, penj ajaran penawaran uang dengan aktiviti benar ekonomi lazimnyamemerlukan campur tangan pihak berkuasa sama ada dengan mengubah bekalan uang asas atau dengan mengubah kadar bunga. Sebaliknya, sistem perbankan Islam melalui pembiayaan hutang al-murabahah, penj ajaran tersebut berlaku secara automatik. Ini kerana setiap pembiayaan hutang tersebut semestinya terdapat barang yang diurusniagakan. uang semestinya bertumbuh bersama-sama dengan nilai barang yang diurusniagakan.

Prinsip bahawa penciptaan kredit haras sepadan dengan nilai unis niaga sebenamya telah pun disyorkan oleh ahli ekonomi klasik. Adam Smith dalam Wealth of Nation terbitan 1776 telah pun mencadangkan apa yang dikenali sebagai doktrin bil benar {real bill doctrine) sebagai suatu prinsip amalan perbankan berhemat (Smithin, 2003). Doktrin ini mencadangkan bank menghadkan pinjaman hanya untuk membiayai unis niaga pengeluaran atau pertukaran yang sedang dalam proses untuk disempumakan, yang bil tuntutan pembayaran telah pun dikeluarkan. Dalam konteks ini doktrin bil benar menyerapai mekanisme pembiayaan al-murabahah - yang berbeza hanyalah doktrin ini adalah berasaskan kadar bunga, manakala almurabahah berasaskan harga-tokok.

AL-MURABAHAH DAN IMPLIKASI TERHADAP MODEL Keuangan ISLAM

 

Tidak dinafikan bahawa pembiayaan PLS adalah satu ciri unik perbankan Islam yang membezakan sistem perbankan ini dengan perbankan konvensional. Justera, ahli ekonomi Islam mengambil pendekatan menggunakan prinsip PLS sebagai asas untuk membentuk model Keuangan Islam atau model ekonomi Islam. Bagaimanapun, perbincangan beberapa bahagian lepas menunjukkan bahawa kesesuaian pendekatan ini mungkin boleh dipersoalkan. Pertama, model PLS bukanlah model Keuangan Islam atau model ekonomi Islam yang lengkap. Dalam konteks ini, kertas ini tidak menafikan bahawa model yang menonjolkan aplikasi PLS itu tidak penting dan tidak boleh digunakan sebagai sebuah model sistem Keuangan atau satu model ekonomi. Sebaliknya, kertas ini mengemukakan hujah bahawa model PLS bukanlah model yang berasaskan realiti sistem Keuangan Islam berserta prinsip dan amalannya. Ini kerana model ini tidak mengambil kira prinsip dan kaedah pembiayaan al-murabahah yang mengikut syariah adalah mubah atau jaiz dan didapati lebih penting dan lebih luas penggunaannya dalam sistem Keuangan Islam. Pembiayaan berasaskan PLS hanyalah sebahagian yang amat kecil daripada selurah pembiayaan sistem Keuangan Islam. Oleh itu, model yang berasaskan PLS semestinya tidak memberi gambaran tentang sistem Keuangan Islam yang sebenar. Model PLS mungkin berguna dalam menganalisis permintaan uang atau permintaan deposit. Ini kerana pulangan terhadap deposit perbankan Islam rata-rata ditentukan dengan mekanisme PLS. Namun oleh sebab perbankan Islam lebih bergantung kepada pembiayaan bukan PLS maka model ini mungkin kurang berguna sebagai alat untuk menganalisis sistem Keuangan Islam atau untuk tujuan análisis dasar.

Persoalan kedua tentang model PLS ialah berkaitan konsep perkongsian. Memang benar perkongsian usaha dan untung itu digalakkan oleh Islam. Namun untuk menghadkan aktiviti ekonomi dan kaedah pembiayaan kepada semata-mata PLS bukanlah satu pendekatan yang tepat. Ini kerana Islam juga membenarkan, mal ah menggalakkan juga aktiviti pertukaran dan pembiayaan berasaskan kontrak pertukaran. Kontrak pertukaran terpenting dalam sistem perbankan dan Keuangan Islam adalah kontrak al-murabahah. Tidak seperti pembiayaan PLS yang merapakan pembiayaan ekuiti, al-murabahah menghasilkan pembiayaan hutang. Kadar pulangan pembiayaan al-murabahah adalah pasti tetapi ditentukan sejajar dengan atau bergantung pada kadar keuntungan. Justera dalam usaha membentuk model yang sesuai untuk sistem Keuangan Islam atau sistem ekonomi Islam aspek-aspek ini haras diambil kira.

KESIMPULAN

Sesungguhnya perbankan Islam bukanlah sistem perbankan PLS yang hanya mengamalkan pembiayaan berasaskan al-musharakah dan al-mudarabah. Sebaliknya perbankan Islam adalah sistem perbankan berlandaskan syariah. Semua aktiviti dan amalan perbankan semestinya mematuhi hukum, peraturan dan piawaian yang diterbitkan daripada sumber Islam yang sah. Perbincangan kertas ini mendapati pembiayaan Islam bukanlah terhad kepada hanya yang berasaskan PLS. Perbankan Islam boleh juga menggunakan pembiayaan yang berkonsepkan kontrak pertukaran tertangguh. Pelbagai bentuk pembiayaan berasaskan kontrak ini boleh dikelaskan sebagai pembiayaan al-murabahah berdasarkan kaedah penentuan kadar pulangan. Ketentuan syariah meletakkan pembiayaan ini sebagai mubah ataujaiz, iaitu sama statusnya sebagai mana pembiayaan PLS. Justeru adalah kurang tepat syor supaya penggunaan pembiayaan ini diminimumkan, malah mungkin tidak berlaku adil untuk tidak mengiktirafnya. Amalan perbankan Islam di Malaysia dan banyak negara menunjukkan bahawa pembiayaan almurabahah lebih berdaya maju dan lebih meluas penggunaannya berbanding pembiayaan berasaskan PLS, al-musharakah dan almudarabah. Hakikat ini menimbulkan keraguan tentang kesesuaian model Keuangan Islam dan model ekonomi Islam yang menggunakan kerangka PLS. Model-model ini mungkin tidak lengkap untuk menggambarkan amalan sistem Keuangan dan sistem ekonomi Islam. Sebaliknya model yang mengambil kira juga prinsip dan kaedah al-murabahah mungkin lebih relevan untuk tujuan análisis dan pembentukan dasar dalam sistem ekonomi Islam. Usaha lanjut semestinya amat diperlukan.

Pembiayaan al-murabahah adalah pembiayaan hutang yang bersamanya tercipta uang , khususnya uang kredit. Bagaimanapun, tidak seperti uang kredit yang tercipta ekoran pembiayaan hutang konvensional berasaskan kadar bunga, uang kredit perbankan Islam adalah sepadan dengan nilai urus niaga benar. Penjajaran antara penawaran uang dengan aktiviti benar ekonomi adalah salah satu prasyarat utama kestabilan kewangan. Justeru, dilihat daripada perspektif ini pembiayaan al-murabahah lebih menjamin kestabilan Keuangan berbanding pembiayaan yang berasaskan kadar bunga.

AuthorAffiliation

Mansor Jusoh

Mohd Azlan Shah Zaidi

Tamat Sarmidi

Mohd Adib Ismail

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor D.E.

MALAYSIA